feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.
sweet potato


we | heart | it

Tuesday, May 22, 2012
cerita kita ??

"MORNING, CLASS!" Kelas kelam kabut bangun. Cikgu yang baru masuk tu meletakkan buku kedatangan di atas meja guru. "Sit down boys and girls. My name is Miss Tonah. Saya akan ganti Puan Mas pada hari ini kerana beliau pergi melawat rakan kamu yang sakit"
          "Hah!Trisya sakit?" Budak-budak 4 Inovasi saling berpandangan sesama sendiri sambil kening mereka terangkat sebelah. Tanda terkejut...
          "Innalillah..."
          "Woi, belum meninggal lagi la!" Fiq menyela.
          "La...betullah kan??" gumam Nad perlahan.

          "Attention, class!" Miss Tonah menebar pandangan ke seluruh kelas. "Hampir melatah salah seorang ahli 4 Inovasi yang sedang memutar pen di tangan dengan heli-spin."Baiklah, memandangkan you all is form 4 now, I want to ask you a question. Who knows most alarming moment that you will face next year?"
          "Me." Fisha angkat tangan.
          "Me too."
          "Me three."

 

          "Huh??" Mereka berpandangan sesama sendiri. Sengih. Hampir serentak mereka bertiga angkat tangan. Ketawa mereka pecah.


          Seisi kelas menoleh ke arah mereka bertiga. "Erk...Whats that??" Berkerut dahi Miss Tonah merenung mereka bertiga. Pandangan 4 Inovasi bukan lagi pada mereka tetapi menala ke arah tapak tangan yang tertera sesuatu.

 

          Beberapa saat lepas tu seisi kelas pecah ketawa. Tak sangka ada jugak orang yang sekepala nak buat benda yang sama macam tu. Yang harunya dekat tapak tangan, pakai inai pulak tu.
          "Wait!! SPM!!!mak oi...takutnya!" Serentak seisi kelas bersuara. "Semangatnya budak tiga orang tu!" Reza menengadah siling. Yang lain cuma diam mengiakan. SPM!...hee...tragedi!

4 Inovasi senyap. "Jadi, kalau untuk petua motor, kita gunakan Petua Tangan Kiri Fleming." Puan Mas di hadapan kelas mengangkat tangan kirinya tinggi agar dapat dilihat oleh seisi makmal.
          "Jadi???" Seisi kelas 4 Inovasi riak tak percaya. Satu-satu berkerut muka. "Tapi Puan..." Shah baru buka mulut. "Saya tahu baru pukul 10.00 , belum habis lagi masa saya." Puan Mas terus menutup bukunya.
          "Your lessons today sampai sini. Saya nak cerita berkenaan rakan kamu, Trisy." Seperti yang Puan Mas maklumkan kepada mereka, rakan mereka tidak hadir kerana mengalami satu incident yang menyebabkan ligament kakinya koyak...waa~tisu kaki koyak??
          Seisi kelas bersandar. Huh! Masing-masing mengeluh lega. 4 Inovasi yang tadi macam tinggal sekerat nyawa kembali ceria. "Puan, ceritalah!" Serentak mereka bersuara.


          "ASSALAMUALAIKUM." Sebelum Puan Mas melangkah masuk ke dalam bilik Trisy, telinganya sempat menangkap bisikan dua orang budak perempuan yang baru keluar.
          "...eee...takutnya." "macam orang baru lepas bersalinlah...cam belon" bisik budak perempuan tu.

Huh!!Dahsyat sangat ke?? bisik Puan Mas dalam hati.
          "Trisya okey?"
           Trisy angguk. "Saya tak ada papelah cikgu..." Trisy mendengus.

          "Banyaklah kamu tarappappa! Sampai biru jadinya." Puan Mas melihat kaki Trisya.

Betullah apa yang dikatakan budak perempuan tadi. Memang dahsyat kakinya! Puan Mas tersenyum sambil menggeleng kepala.

          "Jadi macam mana kamu bergerak?"

          "Tu!" Laju je Trisy menjawab. Puan Mas menala pandangan ke salah satu sudut di bilik Trisy.


          "Benda ni lah yang banyak membantu saya bergerak ke mana-mana." Puan Mas mengangguk mendengar.

          "Beli ke?" Puan Mas mengalih pandangan pada Trisy.

          "Aah...my dad brought it for me." Trisy ketawa tawar.

          "Oh.Bila Boleh baik ni?" Puan Mas bertanya minta kepastian.

          "Doc kata sebulan...tapi tengoklah keadaan...InsyAllah, baiklah nanti."

          "Cikgu doakan kamu cepat sembuh. Nanti dah boleh pergi sekolah. Lagipun pelajaran kamu dah banyak tertinggal." Ikhlas Puan Mas menuturkan dengan senyum segaris. Haa...lagi satu, kawan-kawan sekelas kamu tu sibuk tanya kenapa kamu tak datang.
          "Thanks cikgu sebab ambil berat. Berkenaan pelajaran, nanti saya rujuk balik dekat cikgu-cikgu dan rakan-rakan. And. Say thanks to 4 Inovasi, dont worry. I'm okay." Rendah Trisy menuturkan.
          "Okeylah, cikgu balik dulu." Puan Mas bangun dari duduknya sambil memegang tas tangannya.

          "Okey.Terima kasih ya cikgu sebab sudi lawat saya."

          "Not hal la Trisy. Benda mudah."
Ketawa mereka pecah.

          "Thanks, people." Trisy menutur dengan suara separuh tenggelam sambil melihat Puan Mas melangkah keluar.

Thanks Allah for everythings ~

2 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by FPA and icons by Applepine.